Wednesday, May 19, 2010

Bergambar kenangan pada perlawanan kedua


Inilah wajah-wajah pemain dari kumpulam yg bertanding dalam liga KBM. Yang terdiri dari group, De killer, All Star, Triple S, Silence Team, Strike Unlimited, Strike Force, Emas 916 dan Low Profile...
Semuanyer hebat-hebat belaka. Sehingga kini belum lagi ada pasukan yang boleh dilabelkan sebagai pasukan favourite.

liga KBM


Pada 16hb mei 2010 berlangsung perlawanan kedua liga KBM. Masa ni group All star(my group)vs Low Profile. Walaupun group aku kalah, namun aku dpt collect 4 mata penuh dan berjaya mendahului acara individu keseluruhan. Group aku dah dua kali main x cukup orang, namun aku puashati hari tu, top-form katakan. Yang penting semua ahli enjoy....
Utk next game aku nak pecah rekod peribadi lagi utk 3game cuba dptkan score above 600 pin. I'll will do my best for myself and All Star....

Monday, April 26, 2010

Kursus Kejara dan Etika Pemanduan


Kursus ni dijalankan pada tahun lepas 2009, masa ni aku join sama dengan pemandu-pemandu di MAIWP, maklumlah aku kena tukar kerja dari designer (Pereka) kepada Ketua Unit Pentadbiran, so... memang byk la kursus yang aku kena attend ..
Ni sebenarnya first time bagi speech hahahahah... nervous gak mula-mula tu, pastu aku goreng jerla hahahaha...

Sunday, April 25, 2010

Penyertaan pertama MAIWP di MAKSWIP


Inilah rakan-rakan seperjuangan yang membawa cabaran MAIWP untuk pertandingan liga bowling anjuran badan-badan berkanun:
Berdiri dari kiri ; En.Amran, Pn. Suraya, Myself, Dr.Yamin, En. Saiful, Pn.Farizah dan Cik Norazwa
Duduk dari kiri adalah pasangan suami-isteri En. Nooramen dan Pn. Zaidatul.
Walaupun pada masa tu, kami masih lagi junior jika nak dibandingkan dengan Kumpulan lain, namun semangat berjuang setiap ahli sangat dikagumi, takkan mengaku kalah hingga kejatuhan pin yang terakhir....

Sunday, April 19, 2009

urusetia kat cherating yg sgt setia

Gambar ni, masa dah nak balik kl, aku jadi tukang ambik gambar, so, maksudnyer takder la banyak gambar aku kat cherating, asyik ambik gambar peserta ngan urusetia jer, tapi best gak jadi tukang ambik gambar ni, leh melihat pelbagai ragam org control hemsem la, control ayu la dan peelx2 yg lain.

Thursday, March 19, 2009

pesertax2 kursus induksi umum MAIWP


Terima hadiah peserta cemerlang...

dengan bangganya nak kasi tau, aku terpilih menjadi peserta cemerlang masa kursus induksi umum MAIWP kali ke-4, heheheh kembang hidung beb... tak sangka pun.... apa-apa pun aku ucap tima kasih kat ahli kumpulan aku, Lentera Sakti yg byk beri kerjasama dan orang yg mengundi utk aku... korang memang best...........